Program Pembangunan
 

 

Projek Jalan Luar Bandar (JALB)

Di bawah NKRA – RBI, kerajaan Negeri telah mensasarkan sejumlah 84 buah jalan sepanjang 286 km.


Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB Alternatif) - Projek Wind Turbine

Kerajaan amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar yang masih belum mendapat bekalan elektrik melalui sistem grid di negeri ini.

Justeru itu, di bawah NKRA KKLW telah melaksanakan projek BELB Solar Hybrid, projek BELB Mikro Hidro, projek BELB Alternatif dan Projek BELB Genset yang dibina di Sri Aman, Balingian, Belaga, Baram dan Lawas.


Projek Lampu Jalan Kampung (LJK)

Projek lampu jalan kampung memberi manfaat kepada masyarakat kampung dan rumah panjang khususnya di lokasi-lokasi tertentu sepanjang jalan kampung, titian dan pangkalan di tebingan sungai. Kerja-kerja pemasangan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Syarikat SESCO.


Projek Ameniti Sosial (PAMS)

Projek Kesejahteraan rakyat meliputi  projek berbentuk fizikal dan projek bukan berbentuk fizikal. Projek Fizikal merupakan Projek Bantuan Rumah (PBR), manakala bukan Projek Bukan Fizikal adalah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI).


Projek Pembasmian Kemiskinan

KPLB juga melaksanakan Projek Ameniti Sosial ( PAMS ). Projek ini termasuk pembinaan dewan orang ramai atau balai raya, sistem perparitan dan gelanggang permainan.