Top Menu
Language Select
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 14 Jul 2014
Versi 6.0.3
Footer Menu
Best Viewed
Infrastruktur luar bandar terus diperkasa
Tarikh: 28 Nov 2013

RM0.92 bilion diluluskan untuk pelbagai projek pembangunan infrastruktur luar bandar

KUCHING: Sejumlah RM0.92 bilion telah diluluskan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai peruntukan awal bagi tahun depan untuk kesinambungan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur luar bandar di negeri ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, peruntukan tersebut adalah diperolehi daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Komitmen kerajaan adalah tinggi dan menyeluruh dalam meningkatkan taraf serta kualiti hidup penduduk luar bandar Sarawak,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.

Terdahulu, Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) yang bermula tahun ini, kerajaan melalui KKLW telah memperuntukkan sejumlah RM1.07 bilion kepada Sarawak menerusi kementeriannya bagi penyediaan kemudahan infrastruktur asas luar bandar.

Jelas beliau, ia merangkumi pelaksanaan projek Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Program Bantuan Rumah (PBR) dan Program Penyelenggaraan Jalan.

“Projek-projek ini telah memberi manfaat kepada 162,900 penduduk luar bandar dan pelaksanaan serta pemantauan projek-projek ini akan terus dimantapkan secara berkesan bagi mentransformasikan kawasan luar bandar di negeri ini,” katanya.

Menyentuh mengenai pelaksanaan projek JALB, Jabu berkata dari Januari hingga Oktober tahun ini, sejumlah 162 kilometer jalan luar bandar telah dibina dan dinaik taraf berbanding 123 kilometer yang disasarkan, di mana ia telah memberi manfaat kepada 37,526 penduduk.

Beliau menambah dalam tempoh sama juga, sepanjang 244 kilometer jalan telah diselenggara berbanding 160 kilometer yang disasarkan dan juga telah memberi manfaat kepada 54, 830 penduduk.

Justeru, dari segi perbelanjaan, beliau berkata sejumlah RM436.3 juta telah digunakan daripada peruntukan tahun semasa RM484 juta bagi melaksanakan projek-projek tersebut.

Manakala bagi PBR, beliau berkata sejumlah 2,325 rumah telah dibina atau dibaik pulih berbanding 2,701 buah rumah yang disasarkan dalam tempoh yang sama.

Katanya projek tersebut yang menelan perbelanjaan sebanyak RM29.1 juta daripada peruntukan tahun semasa RM50 juta turut memberi manfaat kepada 9,300 penduduk.

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan prestasi pencapaian NKRARBI di bawah GTP 2.0 pada tahun ini di Sarawak,” katanya.

Mengenai projek BELB bagi Sistem Alternatif Solar Hibrid di Long Semadoh Neseb dan Long Sukang, Jabu berkata kedua-dua projek hampir siap dengan masing-masing berstatus 99 dan 98 peratus siap.

“Kerja-kerja pengujian dan pentauliahan peringkat akhir sedang dilaksanakan sebelum projek-projek tersebut diserahkan kepada Sarawak Energy Berhad untuk pemasangan meter di rumah dan untuk diambil alih oleh mereka.

“Kedua-dua projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai BELB Sistem Alternatif-Wind Turbine Hybrid di Arur Dalan, Bario dengan kos RM3 juta, Jabu berkata projek tersebut tidak dapat beroperasi seperti yang dirancang kerana faktorfaktor teknikal.

Namun, jelasnya kerajaan tetap komited untuk menyediakan bekalan elektrik ke kawasan tersebut apabila telah melantik kontraktor penyelamat untuk meneruskan projek berkenaan dan ia dijangka siap pada tahun depan.

Sumber Berita: Utusan Borneo
|