|
KUCHING: Sebarang kegiatan penyelewengan dan salah laku dalam perkhidmatan awam harus ditangani dengan tegas dan pantas.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu, hanya dengan tindakan sedemikian akan memberi mesej jelas bahawa perkhidmatan awam mengutamakan penghayatan nilai dan etika luhur di kalangan anggotanya.
“Kerajaan begitu meman-dang berat terhadap soal integriti dan mewujudkan mekan-isme serta struktur mantap bagi menentukan perkhidmatan awam berada di tahap tertinggi apabila dinilai dari segi integ-riti dan amalan murni,” kata-nya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Kebajikan, Wanita, dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah ketika merasmikan Seminar Pengurusan Cemerlang: Terapi Diri dan Aura Organisasi, di sini, kelmarin.
|